Ahad, September 11, 2011

Je Nama.

Korang sedar tak ada jenama barang2 kat sekeliling kita dah jadi macam nama plak. Bila kita sebut barang tu, kita tak sebut nama asalnya. kita sebut jenama barang tu. hal ini maybe berlaku sbb jenama barang tersebut lebih mudah disebut berbanding nama asalnya yg mungkin terlalu panjang. Boleh jd jgk sbb budaya kita memartabatkan sgt bahasa luar berbanding bahasa melayu. sebagai contoh aku lah. korang tgk perkataan yang aku merahkan kat atas tu. kenapa aku tak guna perkataan mungkin je kn? nampak sgt kdg2 kita x sedar. bhahaha.

Eh korang paham x ape yg aku cuba sampaikan ini? Melalut panjang2 rupa2nya aku sorang je mcm amir rajalawak. dia sorg je paham, yg lain dok pehe mende. hahaha.

Here sum example yang berlaku dalam family aku :
(hah bahasa luar lagi.. pfffftt)

Colgate :

Dari aku kecik, mak abah aku xpenah suruh aku beli benda alah tu dgn nama 'ubat gigi'.
"Long, g beli Colgate" Even yg aku beli tu adalah Fresh and White atau Sensodyne.
"Eh, mana Colgate yg abah suruh beli td? Haaaa ni dia" (sambil pegang Fresh n White bawak masuk bilek air) hahaha.

Pampers :

Yang ni bukan family aku jer tapi orang lain pon ade jgk. even yang diaorg beli tu adalah Drypers atau Mummy Poko. hahaha. Even kain lampin biasa tu pon diaorg panggil Pampers kan. Je Nama. hehe. (tapi lampin biasa tu dh xde dh kot, zaman2 aku je pakai tu)

Shieldtox :

Dulu nama dia Shelltox. tak tau lah knp dia tuka nama Sheildtox. maybe sbb company minyak Shell dh cop dlu nama Shell tu awal2 kot. hahahaa. Biasalah even kalau yg aku beli tu Baygon, family aku tetap panggil Shelltox.
(masa kecik suka sembur Shelltox dgn api, akibatnya banyak hanger plastik kat rumah aku patah2. *bapak aku hantam daaa. -_-! )

Cornetto :

Kepada yang tak tau, ni sejenis aiskrim lah. Antara aiskrim kon yang paling femes. Kalau dikalangan kawan2 aku diaorang panggil Cornetto jer even yang diaorg beli tu Magnolia ke, Paddle Pop (eh paddle pop ade ke bentuk kon? haha). Zaman aku kecik2 dulu sape beli Cornetto dh kira mcm orang kaya. Antara aiskrim termahal utk dimiliki kanak area tahun 90 an. Aiskrim yg mampu dimiliki adalah aiskrim batang 10sen satu. Kalau beli perisa asam masin, mst asam masin tu mkn last, barulah feel. haha.
*kawan aku nama Haridas pnh ckp, kalau demam mkn aiskrim Cornetto mst baik. aku pernah try byk kali siyes demam aku ok. Korang try lah. :p

Itu sahaja lah post kali ni. Seingat aku byk lagi tapi otak ni dh terlalu tepu itu mengingati Je Nama mcm ni sbb kebanyakan guna masa zamn kanak - kanak aku.

Thank u kerana view.

Kalau sudi sila lah bergoyang i follow i follow.... :p



Isnin, September 05, 2011

Aku suka kawan dengan kau Part II

Kau dah pernah jumpa aku,
Aku dah pernah jumpa kau,
Aku suka kawan dengan kau.

Hope kau suka kawan dengan aku.
Sampai bila-bila..

:)

Jumaat, September 02, 2011

Berat tugas suami nanti

"Aku terima nikahnya si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM.."
Bunyi macam senang? Nah ini erti sebenarnya:

"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka, aku rela malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badanku."

Selasa, Ogos 30, 2011

Today Hari Raya , Esok Merdeka.

Sekarang pukul 8.04 minit,
Aku depan laptop yang memang 24jam terpasang bertemankan kipas berdiri menyejukkannya.
Mak and abah dah bangun.
TV kat depan siarkan takbir raya.
Radio kat dapur sayup - sayup dengar lagu - lagu merdeka.
Dengar suara abah bising tanya mana mak letak sabun mandi.
Mak pulak bising - bising kejutkan 2 adik perempuan aku yang masih membungkang.
Malam tadi pukul 2 pagi aku tgk diaorg gosip -gosip kat dapur.

Aku terkebil - kebil.
Baju melayu 2 hari lepas aku dah gosok.
Tahun ni takda sampin.
Ok aku dah bau minyak wangi abah menandakan dia hampir nak siap.
Mak masih bising kat dapur.
Tangan kiri aku macam dah beku kena angin kipas berdiri ni.
Mata aku meliar kiri dan kanan sambil fikir apa lagi nak taip.
Hahaha.

Ok lah.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua.
Followers (kalau ada la)
dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke - 54!

Rabu, Ogos 24, 2011

Not anymore..y?

Dia dah xde dlm 'top fans' application fb aku tu.
Dalam application 'who loves u more' pun dia dh xde.

Bukan ape, dahulu kami takda komitmen.
Just jalani hidup mcm penyanyi ratu rock ella.
I mean single.

Now, dia dh ada komitmen.
So, better aku get rid of it lah kan?
Dia kata takpe, tak kisah.

Tipu lah kan.
Aku lelaki aku tau lah.
Deep inside her bf heart mst ade rse x selesa.
Betul x?

Aku suka letakkan diri aku pd someone.
Ape yg aku rasa, x mustahil itu yg dia rasa.
Ada org ckp manusia lain2.

Tp bagi aku sama jer.
Hati, perasaan kan.
Kata anda? hhehe.

Apa2 hal pun .
Live ur happy life .
Im happy for u .

My heart is strong.
And it is very hard to kill.

..

Jumaat, Ogos 12, 2011

Aku suka kawan dengan kau.

Kita borak - borak,
Kita gelak - gelak,
Aku suka kawan dengan kau.

Kita kongsi - kongsi pengalaman,
Kita tukar - tukar pandangan,
Aku suka kawan dengan kau.

Aku malu - malu,
Kau malu - malu,
Aku suka kawan dengan kau.

Kita plan nak berjumpa,
Kita plan nak berbuka,
Aku suka kawan dengan kau.

Ada minat kita sama,
Ada minat kita tak sama,
Aku suka kawan dengan kau.

Kau sedih aku simpati,
Kau happy aku kongsi,
Aku suka kawan dengan kau.

Kau tak pernah jumpa aku,
Aku tak pernah jumpa kau,
Aku suka kawan dengan kau.

Aku suka kawan dengan kau,
Kau suka dengan aku?
Aku suka kawan dengan kau.

Aku suka kawan dengan cow.
Eh!
Aku suka kawan dengan kau.

Aku suka kawan dengan kau. Ok cau.



Jenis - jenis kuih sempena bulan Ramadhan.

Kuih paling gangster = lompat tikam
Kuih paling seksi = puteri mandi
Kuih paling keji = taik itik
Kuih bajet kiut = cek mek molek
Kuih awet muda = seri muka
Kuih paling takut untuk dimakan = NAGAsari
Kuih paling style = kuih CARA
Kuih untuk mekap = tepong gomak
Kuih paling alim = Kuih Ketayap
Kuih berlagu = Qasidah
Kuih ala hispanic = Kuih Lopez
Kuih paling lembab = Kuih siput
Kuih paling kaya = Jala emas
Kuih paling jauh = kuih bulan
Kuih lelaki berpenyakit kronik = Batang Buruk

*aku dpt ni dr status mbr aku kat fb jer. haha. kuih yg last tu jgn dok pikir sgt. bulan puasa ni. ;p

Ahad, Ogos 07, 2011

This is it. :')

ku akui ku sangat sangat menginginkanmu
tapi kini ku sadar ku di antara kalian
aku tak mengerti ini semua harus terjadi

Ku akui ku sangat sangat mengharapkanmu
tapi kini ku sadar ku tak akan bisa
aku tak mengerti ini semua harus terjadi

lupakan aku kembali padanya
aku bukan siapa siapa untukmu
ku cintaimu tak berarti bahwa
ku harus memilikimu slamanya

ku akui ku sangat sangat menginginkanmu
tapi kini ku sadar ku di antara kalian
aku tak mengerti ini semua harus terjadi


Isnin, Jun 27, 2011

Rabu, Jun 15, 2011

sepai sepai..

lagu sepai2 kedengaran..
aku senyum tanda geli hati yang teramat..
lagu sepai2 tu remix..
xpenah aku dgr..

sound pn best. kejap bass kiri kanan..
hehehhe..
aku bru knl ngn peminat sepai2 ni..
selesa kawan dgn dia..
thanks sepai2...
tu jer la.. sepai2...

^_^

Rabu, Jun 01, 2011

Sabtu, Mei 28, 2011

Photoshoot : Soccer Fever



Sesi try out bermain CLS di Padang Bolasepak Rumah Rakyat Juasseh, Kuala Pilah bersama Awin, Hafiz Yazid, Syahmi, Najib, Yusoff, Dikli dan Fariza. Thanks to all!

*for better view, pls click on the picture. :)