Selasa, Ogos 30, 2011

Today Hari Raya , Esok Merdeka.

Sekarang pukul 8.04 minit,
Aku depan laptop yang memang 24jam terpasang bertemankan kipas berdiri menyejukkannya.
Mak and abah dah bangun.
TV kat depan siarkan takbir raya.
Radio kat dapur sayup - sayup dengar lagu - lagu merdeka.
Dengar suara abah bising tanya mana mak letak sabun mandi.
Mak pulak bising - bising kejutkan 2 adik perempuan aku yang masih membungkang.
Malam tadi pukul 2 pagi aku tgk diaorg gosip -gosip kat dapur.

Aku terkebil - kebil.
Baju melayu 2 hari lepas aku dah gosok.
Tahun ni takda sampin.
Ok aku dah bau minyak wangi abah menandakan dia hampir nak siap.
Mak masih bising kat dapur.
Tangan kiri aku macam dah beku kena angin kipas berdiri ni.
Mata aku meliar kiri dan kanan sambil fikir apa lagi nak taip.
Hahaha.

Ok lah.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua.
Followers (kalau ada la)
dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke - 54!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan