Khamis, September 06, 2012

Letter for Brendan Rodgers.


Dear Brendan Rodgers,

You see them boss?
All my Liverpool friend's?
It's a hard life now, very hard.
Do you know how we make it through each and everyday?

We BELIEVE..
We believe it's going to be better..
We believe that the glory will come..
We believe in all odds and all evidence that tomorrow will be better than today..

We have to believe in something...
Right now, we believe in YOU..

Pick it up boss. Liverpool's destiny awaits. :')

Rabu, Julai 25, 2012

It is very hard to kill.




Why is it the only person who can't see that....is you?

Ahad, Julai 15, 2012

Sekarang.


Dulu aku tahu, aku akan lalui hari yang sukar gila.
Dulu aku tahu, aku tidak akan puas hati dalam jangka masa yang lama.
Dulu aku tahu, hari itu tetap akan datang.
Dulu aku tahu, aku akan rasa bodoh dengan tindakan aku sendiri.
Dulu itu sudah jadi sekarang.

Sekarang aku cuba lawan.
Sekarang aku dah banyak menang, tetapi tetap ada kalah.
Sekarang menang aku lebih banyak dari kalah.
Sekarang apa yang aku merepek ni?
Sekarang aku bajet penulis sajak.
Sekarang tengah tergelak sebenarnya.
Sekarang rasa macam bangang pun ada.

Dah lah! Hahaha.

N dah kahwin ... :'(

Selasa, Julai 03, 2012

It's keep haunting me!

Sekarang dah pukul 1.30 pagi.
Esok kerja tapi mata ni belum ada tanda nak lesu sikit pun.
Aku pun edit gambar Sukan Padang dan Balapan sekolah aku.
Biasanya bila edit gambar tu lama2 aku jadi mengantuk.
Tapi kali ni tak.
Sebab apa?
Sebab bila aku edit gambar ni ..


Gambar ni gambar budak tahun 3 kat sekolah aku.
Mula2 aku nmpak budak ni aku macam konfius.
Rasa macam pernah tgk muka jenis ni kat mana2.
Bila budak tu senyum terus aku ingat.
Rupa dia sama dengan 'N' !

Hmmm sampai bila benda ni nak menghantui aku?
Sekarang setiap kali ternampak budak ni mesti teringat.


*siapa 'N' ? baca post ini ...... ---> http://anakguding.blogspot.com/2010/07/malu-lah.html

Rabu, Jun 27, 2012

Ririn

Assalamualaikum...

Hahahaaha..
Hahhaahahahaha..
Hahhahahahahahaahahahahahahahahaha...

Adoi sakit perot aku gelak bila mengenangkan satu kisah ni. Kisah aku dengan sepupu aku bernama Apit. Apit ni sepupu aku yang paling aku rapat lah. Dulu masa kecik2 dia selalu la datang rumah aku lepak bila cuti sekolah. Umur aku dengan dia beza setahun jer. Aku 20 tahun, dia 19 tahun (masa tahun 2004 la hahaha). Kalau balik kampung bagi aku tak best lah kalau takde dia. Dia je antara paling ngam dengan aku dalam family belah mak ni.

Nak jadikan cerita, aku tak ingat lah tahun berapa rasa2nya lepas SPM kot. Aku kerja mengecat masjid dengan kawan ayah aku. Orang sini panggil dia Cik Ombong. Ok lah kerja dengan dia sehari dapat RM40. Orang lain dapat RM30 jer tapi aku dapat lebih mungkin sebab aku ni anak kawan dia kan. Atau dia bayar lebih sebab aku rajin kot? Rajin dari yang lain mungkin? Macam good - good plak aku ni kan? Hahhhaa.

Time tu jugak cuti sekolah, so Apit datang la lepak rumah aku. Lagipun Apit ada kawan2 dia yang lain kat area rumah aku ni. Macam Hakim dan tak lupa juga kwn karib dia, Boyot. Malam tu aku ngan Apit lepak rumah aku jer sembang2 kosong...kosong..oh..oh... (tak pasal masuk lagu Najwa Latip. Haha). Malam tu mmg bosan tak tau apa nak buat. Seingat aku malam tu hujan renyai2. Biasanya kitaorg lepak kedai makan kawan kitaorg jugak , Restoran Juasseh sebab kat situ Nasi Ayam dia sedap sangat. Tapi dek sebab hujan, kitaorg lepak kat rumah je.

Kitaorg baring sambil belek2 handphone masing2. Aku pulak time tu tak tau la mmg mati akal sebab bosan ya amat! Tiba2 aku dapat satu idea. Haa... Aku cakap dengan Apit ;

Aku : Apit, ko nak nombor awek cun tak??
Apit : Awek cun? Boleh jugak!
Aku : Jap aku carik sebab aku lupa lah nama dia apa......Ha jumpa dah, nama dia Ririn.
Apit : Ok ke budak tu?
Aku : Tip top Pit, putih melepak, mmg cun ah!
Apit : Nak! nak!
Aku : Kejap aku try call dia dulu, pastu aku cakap la yang ko nak kenal dengan dia, ok?
Apit : Haa ok2.
Aku : Hello. errr. hello? Pakcik boleh saya cakap dengan Ririn?

Apit mula berkerut dahi sambil mata membuntang. Aku buat syarat tangan *kejap-kejap

Aku : Err pakcik, saya ni Iwan kawan Ririn, boleh saya bercakap dgn dia sekejap? Boleh pakcik? Hehehe terima kasih pakcik....Ok saya tunggu..... Hello Ririn, ni aku lah Iwan. Apesal ayah ko angkat fon? Oooo dia  main game Ular. (pendekkan cerita). Ni, sepupu aku nak kenal dgn kau boleh tak? Aku bagi no fon ko kat dia eh?...... Boleh? Ok2 . Bye Ririn.

Aku : Haa Pit dia kata ok, dia nak berkenalan dengan kau.
Apit : Tadi masa kau call ayah dia angkat ke?
Aku : Aah dia kata ayah dia selalu main game Ular kat hanset 3310 dia tu. Dah2 nah nombor dia, ko call jer.
Apit : Ok2 bak sini.
Aku : Eh ko loudspeaker la aku nak dengar jgk ko borak dengan Ririn.
Apit : Hehehe. Ok2.

Tuutt Tuttt! Tuutttt Tutttt!

Ayah Ririn : Hello?
Apit : Assalamualaikum pakcik.
Ayah Ririn : Waalaikumsalam ha sapo ni??
Apit : Saya Hafiz , kawan Ririn boleh saya cakap dengan dia?
Ayah Ririn : Kau nak cakap dengan sapa???
Apit : Ririn... anak pakcik...
Ayah Ririn : Ririn??? Kau ni sapo??????
Apit : Saya Hafiz..
Ayah Ririn : Ririn mano ekau nak bercakap ni????

Aku dah tak tahan gelak terus Apit end call bila nampak aku gelak2. Hahahahhaha.

Sebenarnya nombor yang aku bagi kat Apit tu adalah nombor Cik Ombong kawan ayah aku. Hahahaha. Perbualan aku dengan 'Ayah Ririn' dan 'Ririn' hanyalah lakonan saja. Aku tak call sapa2 pun. Haahhahahahahahahahahahahahaha!!! Apit lepas tu cool jer dia tak marah pon sebab dia tau aku selalu kenakan dia. Dia pun gelak jerr.

Sekarang Apit jarang dah lepak rumah aku sejak dah kerja kat KL. Kadang2 kitaorg imbau balik peristiwan Ririn ni mmg terbahak2 la tergelak. Adoi......

Ok lah tu jer. Mekasih baca.... Assalamualaikum......


Khamis, Jun 21, 2012

It's kinda hard when your not around..

Assalamualaikum. Hello.

My Heart di YouTube.
Rasa nak klik.
Walaupun tahu apa akan terjadi bila dengar lagu tu.
99% hati kata suruh buka. 1% kata jangan.
Macam mana nak lawan.
Harus lah kalah 1%.
Bila buka ..

Dah tahu apa akan terjadi.
Muka berubah sugul.
Pernafasan tidak normal.
Tarik sedalam yang boleh. Lepaskan...
Badan menyandar malas di kerusi.
Tengkuk landing , kepala dongak ke atas.

Untuk seketika,
Rasa macam nak pergi Kuantan.
Rasa macam nak pergi POLISAS.
Rasa macam nak pergi Megamall.
Rasa macam nak pergi Terminal Makmur.
Rasa macam nak pergi Kompleks Teruntum.
Rasa macam nak pergi TC.
Rasa macam nak pergi sekarang jugak.
Rasa macam nak pergi malam ni jugak.

Sebab aku rasa,
Kat situ lah aku rasa bahagia.
Kat situ lah aku rasa gembira.
Kat situ lah aku rasa seronok.
Kat situ lah aku rasa apa yang aku tak pernah rasa.
Tapi semuanya hanyalah 'pernah' ...

Kejam.
Kejam.

Sepatunya sekarang tiada lagi perasaan macam ini.
Pernah cuba berubah tapi susah.
Minta kalian tolong doakan saya.
Lupakan dia. :'(



Jumaat, Februari 10, 2012

Ask the Hati.

Hati : Weh.
Aku : Ha ye.
Hati : Ko knp?
Aku : Takde ape, knp?
Hati : Jgn tipu laa..
Aku : Asal?
Hati : Aku tau laa.... ecececehhh..
Aku : .............
Hati : Ko takut kan?
Aku : Hek elehh pahal lak ni.
Hati : Aku tau laa.
Aku : Pe yang ko tau??
Hati : Hehehe...
Aku : ...........
Hati : Meh sini aku nk ckp ckit ... psssttt ppsstt pstt psssttt *bisik telinga Aku.
Aku : Hek elehhhh tau je ko kan??
Hati : Tgk la aku sape.
Aku : ko Hati...
Hati : Hati sape?
Aku : Hati aku.
Hati : Dah tu?? Lagi nak sorok? Hahahaha......
Aku : ................

Rabu, Januari 25, 2012

Skype.

Tunggu punya tunggu punya tunggu..
Bulan tak timbul2.....

:(

Ahad, September 18, 2011

Ahad, September 11, 2011

Je Nama.

Korang sedar tak ada jenama barang2 kat sekeliling kita dah jadi macam nama plak. Bila kita sebut barang tu, kita tak sebut nama asalnya. kita sebut jenama barang tu. hal ini maybe berlaku sbb jenama barang tersebut lebih mudah disebut berbanding nama asalnya yg mungkin terlalu panjang. Boleh jd jgk sbb budaya kita memartabatkan sgt bahasa luar berbanding bahasa melayu. sebagai contoh aku lah. korang tgk perkataan yang aku merahkan kat atas tu. kenapa aku tak guna perkataan mungkin je kn? nampak sgt kdg2 kita x sedar. bhahaha.

Eh korang paham x ape yg aku cuba sampaikan ini? Melalut panjang2 rupa2nya aku sorang je mcm amir rajalawak. dia sorg je paham, yg lain dok pehe mende. hahaha.

Here sum example yang berlaku dalam family aku :
(hah bahasa luar lagi.. pfffftt)

Colgate :

Dari aku kecik, mak abah aku xpenah suruh aku beli benda alah tu dgn nama 'ubat gigi'.
"Long, g beli Colgate" Even yg aku beli tu adalah Fresh and White atau Sensodyne.
"Eh, mana Colgate yg abah suruh beli td? Haaaa ni dia" (sambil pegang Fresh n White bawak masuk bilek air) hahaha.

Pampers :

Yang ni bukan family aku jer tapi orang lain pon ade jgk. even yang diaorg beli tu adalah Drypers atau Mummy Poko. hahaha. Even kain lampin biasa tu pon diaorg panggil Pampers kan. Je Nama. hehe. (tapi lampin biasa tu dh xde dh kot, zaman2 aku je pakai tu)

Shieldtox :

Dulu nama dia Shelltox. tak tau lah knp dia tuka nama Sheildtox. maybe sbb company minyak Shell dh cop dlu nama Shell tu awal2 kot. hahahaa. Biasalah even kalau yg aku beli tu Baygon, family aku tetap panggil Shelltox.
(masa kecik suka sembur Shelltox dgn api, akibatnya banyak hanger plastik kat rumah aku patah2. *bapak aku hantam daaa. -_-! )

Cornetto :

Kepada yang tak tau, ni sejenis aiskrim lah. Antara aiskrim kon yang paling femes. Kalau dikalangan kawan2 aku diaorang panggil Cornetto jer even yang diaorg beli tu Magnolia ke, Paddle Pop (eh paddle pop ade ke bentuk kon? haha). Zaman aku kecik2 dulu sape beli Cornetto dh kira mcm orang kaya. Antara aiskrim termahal utk dimiliki kanak area tahun 90 an. Aiskrim yg mampu dimiliki adalah aiskrim batang 10sen satu. Kalau beli perisa asam masin, mst asam masin tu mkn last, barulah feel. haha.
*kawan aku nama Haridas pnh ckp, kalau demam mkn aiskrim Cornetto mst baik. aku pernah try byk kali siyes demam aku ok. Korang try lah. :p

Itu sahaja lah post kali ni. Seingat aku byk lagi tapi otak ni dh terlalu tepu itu mengingati Je Nama mcm ni sbb kebanyakan guna masa zamn kanak - kanak aku.

Thank u kerana view.

Kalau sudi sila lah bergoyang i follow i follow.... :p



Isnin, September 05, 2011

Aku suka kawan dengan kau Part II

Kau dah pernah jumpa aku,
Aku dah pernah jumpa kau,
Aku suka kawan dengan kau.

Hope kau suka kawan dengan aku.
Sampai bila-bila..

:)

Jumaat, September 02, 2011

Berat tugas suami nanti

"Aku terima nikahnya si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM.."
Bunyi macam senang? Nah ini erti sebenarnya:

"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka, aku rela malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badanku."

Selasa, Ogos 30, 2011

Today Hari Raya , Esok Merdeka.

Sekarang pukul 8.04 minit,
Aku depan laptop yang memang 24jam terpasang bertemankan kipas berdiri menyejukkannya.
Mak and abah dah bangun.
TV kat depan siarkan takbir raya.
Radio kat dapur sayup - sayup dengar lagu - lagu merdeka.
Dengar suara abah bising tanya mana mak letak sabun mandi.
Mak pulak bising - bising kejutkan 2 adik perempuan aku yang masih membungkang.
Malam tadi pukul 2 pagi aku tgk diaorg gosip -gosip kat dapur.

Aku terkebil - kebil.
Baju melayu 2 hari lepas aku dah gosok.
Tahun ni takda sampin.
Ok aku dah bau minyak wangi abah menandakan dia hampir nak siap.
Mak masih bising kat dapur.
Tangan kiri aku macam dah beku kena angin kipas berdiri ni.
Mata aku meliar kiri dan kanan sambil fikir apa lagi nak taip.
Hahaha.

Ok lah.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua.
Followers (kalau ada la)
dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke - 54!

Rabu, Ogos 24, 2011

Not anymore..y?

Dia dah xde dlm 'top fans' application fb aku tu.
Dalam application 'who loves u more' pun dia dh xde.

Bukan ape, dahulu kami takda komitmen.
Just jalani hidup mcm penyanyi ratu rock ella.
I mean single.

Now, dia dh ada komitmen.
So, better aku get rid of it lah kan?
Dia kata takpe, tak kisah.

Tipu lah kan.
Aku lelaki aku tau lah.
Deep inside her bf heart mst ade rse x selesa.
Betul x?

Aku suka letakkan diri aku pd someone.
Ape yg aku rasa, x mustahil itu yg dia rasa.
Ada org ckp manusia lain2.

Tp bagi aku sama jer.
Hati, perasaan kan.
Kata anda? hhehe.

Apa2 hal pun .
Live ur happy life .
Im happy for u .

My heart is strong.
And it is very hard to kill.

..

Jumaat, Ogos 12, 2011

Aku suka kawan dengan kau.

Kita borak - borak,
Kita gelak - gelak,
Aku suka kawan dengan kau.

Kita kongsi - kongsi pengalaman,
Kita tukar - tukar pandangan,
Aku suka kawan dengan kau.

Aku malu - malu,
Kau malu - malu,
Aku suka kawan dengan kau.

Kita plan nak berjumpa,
Kita plan nak berbuka,
Aku suka kawan dengan kau.

Ada minat kita sama,
Ada minat kita tak sama,
Aku suka kawan dengan kau.

Kau sedih aku simpati,
Kau happy aku kongsi,
Aku suka kawan dengan kau.

Kau tak pernah jumpa aku,
Aku tak pernah jumpa kau,
Aku suka kawan dengan kau.

Aku suka kawan dengan kau,
Kau suka dengan aku?
Aku suka kawan dengan kau.

Aku suka kawan dengan cow.
Eh!
Aku suka kawan dengan kau.

Aku suka kawan dengan kau. Ok cau.



Jenis - jenis kuih sempena bulan Ramadhan.

Kuih paling gangster = lompat tikam
Kuih paling seksi = puteri mandi
Kuih paling keji = taik itik
Kuih bajet kiut = cek mek molek
Kuih awet muda = seri muka
Kuih paling takut untuk dimakan = NAGAsari
Kuih paling style = kuih CARA
Kuih untuk mekap = tepong gomak
Kuih paling alim = Kuih Ketayap
Kuih berlagu = Qasidah
Kuih ala hispanic = Kuih Lopez
Kuih paling lembab = Kuih siput
Kuih paling kaya = Jala emas
Kuih paling jauh = kuih bulan
Kuih lelaki berpenyakit kronik = Batang Buruk

*aku dpt ni dr status mbr aku kat fb jer. haha. kuih yg last tu jgn dok pikir sgt. bulan puasa ni. ;p

Ahad, Ogos 07, 2011

This is it. :')

ku akui ku sangat sangat menginginkanmu
tapi kini ku sadar ku di antara kalian
aku tak mengerti ini semua harus terjadi

Ku akui ku sangat sangat mengharapkanmu
tapi kini ku sadar ku tak akan bisa
aku tak mengerti ini semua harus terjadi

lupakan aku kembali padanya
aku bukan siapa siapa untukmu
ku cintaimu tak berarti bahwa
ku harus memilikimu slamanya

ku akui ku sangat sangat menginginkanmu
tapi kini ku sadar ku di antara kalian
aku tak mengerti ini semua harus terjadi


Isnin, Jun 27, 2011

Photography : Outing and class organized by MNJ










Thnaks to Chal n Man yg sgt byk membantu.. and mereka sporting gila :)

Rabu, Jun 15, 2011

sepai sepai..

lagu sepai2 kedengaran..
aku senyum tanda geli hati yang teramat..
lagu sepai2 tu remix..
xpenah aku dgr..

sound pn best. kejap bass kiri kanan..
hehehhe..
aku bru knl ngn peminat sepai2 ni..
selesa kawan dgn dia..
thanks sepai2...
tu jer la.. sepai2...

^_^

Rabu, Jun 01, 2011

Rindu sama Rafa!


Tahap kerinduan semakin tebal kat budak nihh. Grrrr.

Sabtu, Mei 28, 2011

Photoshoot : Soccer Fever



Sesi try out bermain CLS di Padang Bolasepak Rumah Rakyat Juasseh, Kuala Pilah bersama Awin, Hafiz Yazid, Syahmi, Najib, Yusoff, Dikli dan Fariza. Thanks to all!

*for better view, pls click on the picture. :)


Selasa, November 02, 2010

sedih bila makan mee bandung..

dlu mse kat kolej aku slalu sakat kwn aku
nama dia zaidi kitaorg panggil dom
aku slalu nyanyi
dom mera dom, dom mkn mee bandooongg
hahaha

sebut psl mee bandung aku jd emo kejap
ah lantaklah
tp peduli jgk kdg2
ah lantaklah
tp duk menung gak , duk pikir gak
ah lantak lahhhh. hahaaha.

td mkn mee bandung kat kedai bwh pokok di juasseh
port baru dak ni lepak skrg
happy tree friend la gamaknya
dahsyatttt (najmi raja lawak) hihihi
ok psl mee bandung td
aku jd emo

ok la mls nk cite panjang2
aku xdpt pegi Bandung
sbb black list oleh ptptn
yang konon bekerjasama dgn
imigresen.

ok lah sakit hati aku
eleh xpe, pulau perhentian bulan 3 ni ade.
lalalalla
(nk sedapkan hati.. shit la weiii)




Jersi team ksk joseh tahun 2011 ni utk Piala Hasan Malek
amacam ok x den design

* Mak .. balik dr Bandung beli kan Along ole2 ye. Jangan carik menantu plak. ahak!

Isnin, Oktober 18, 2010

Bz sgt nowadays.


eh, lama kan x updated. ahaha.
Aihh. aku bz sgt skrg ni. mule amik job fotografer kawin n tunang.
pastu g klas fotografi.
keja format laptop2 cikgu, kawan2, adik.
blaja edit nk buat album kawin. custom album nmpak rare. tp kena pandai.
kena pndai try n error. aihh. kena blaja lg.
pastu ptg2 je training bola.
hah, citer pasal bola, alhamdulillah team aku ke final piala parlimen pilah.
gambar kat atas tu mse semi la lwn sri kota fc. ade yg dh tgk kat fb kan.

balik keje then g training mmg letih. mlm tu rse nk flat je.
tp sebab dek adicted ngn fb, satu masalah gak. seronok smpai 1 pagi.
kat ctu kualiti tido da xde da.
esok g keje bdn lemau je. balik keje training bola. pastu men fb smpai pagi.
mne nk updated blog nih..
huhuhu..
seronok la dpt g final.
Tahun lepas kami kalah di pusingan ke-2 dgn seri menanti.
Tahun lepas senior kami (gempadu fc) juara.
Tahun ni senior kami kandas pusingan ke-2, kami pulak ke final.
Hope ada luck disitu. kami JUARA. huhuhu. hope la.

Laluan KSK Juasseh FC B, peringkat kumpulan hingga final :

- vs Veteran Kuala Pilah FC : Seri 1-1
- vs MIC Melang FC : Menang 5-2
- vs Harmonis FC : Menang 1-0
- vs Lending FC : Seri 2-2

Kalah Mati :

Pusingan ke-2 vs Royal Seri Menanti FC : Menang 4-3
Suku Akhir vs Belia 4B Gachong FC : Menang 3-2
Separuh Akhir vs Sri Kota FC : Menang 2-0
Akhir vs MAA FC : ? (6/11/2010)

thats all tq.. Zzzzz..

Rabu, September 08, 2010

:'o)

for a long time i run and run and run



but still, i never reach the
destination.





because the destination is getting far far away from me.






i feel stupid. and i still chase it. i try whatever i could hang on.






i miss the memory but i can't playback time.







Damn..








Jumaat, Ogos 27, 2010

Nama dalam bahasa inggeris, Name.

'Budak tu hensem ade janggut? tengok muka mungkin kenal, nama tak pasti lah'. kikikikkii.
Korang penah alamai situasi mcm tu x?
Orang byk nama samaran.
Mana2 tempat kita dapat gelaran nama yang berbeza2.
Tak kira lah tmpat keje, blaja n mcm2 lg.Sama mcm aku, aku pn klu pikir2 byk nama samaran.
Here's some list :



Along

Ni nama samaran aku yang pertama.Maklumlah aku anak pertama.Mereka yang biasa panggil aku dgn nama ni adalah mak, abah n adik2.
Jiran2 , makcik2 berdekatan pn panggil aku along.



Along sayang mak


Dikwan


Nama ni kira nama manja lah dlm family belah mak and abah.
Kadang2 anak2 buah n sepupu yang umur mereka below dr aku konpius nk panggil.
Sebab ade Dik. Ade yang panggil Abang Dikwan. Dah abang, adik pulak. tak jadi.
So, aku decide utk diaorg panggil nama Abg Wan je.
Tapi ada yang panggil Abang Dikwan. Kena slalu ajar.


Dikwan berusia 5 tahun.


Ustaz


Tingkatan 1 sampai 3 (menengah rendah) aku sekolah agama kat pelangai.
Sekolah Menengah Rendah Agama Pelangai namanya.
Beselah sekolah agama lelakinya pakai songkok.
Masa form 4, aku malas nk amik bahasa arab komunikasi sebab aku rse xboleh nak bawak.
So, aku sambung blaja ke SMK Batu Kikir.Tapi tabiat memakai songkok aku x hilang.
1st day aku register skolah sana aku pakai songkok.
Kebetulan pulak dalam kelas ada 2 org nama sama.Aku Mohd Izwan, sorang lagi Hairil Izwan.
Bdk2 klas dgn sesuka hati panggil aku Ustaz sbb pakai songkok.
Hairil Izwan tadi nama Apek sbb mata dia sepet. hahaha.
Nama Ustaz ni besenye budak SMK Batu Kikir dan Kolej Komuniti je panggil sbb di kolej tu ada bdk sekolah lama. Nama tu trus melekat. Ustaz Rock! bdk ni kata. palahayah eh tu.

Steady lah Ustaz Azhar Idrus! pakai Canon tuuuu.. kikikki


Jerangkung

Gua paling tak suka nama ni!!
Wakluu panggil gua dgn nama hantu!! hahahaha!!
Nama ni wujud masa aku keja Banci Pertanian 2004 kalau tak silap.
Masa tu kursus pasal kerja banci ni kat Pasir Panjang.
Yela aku tau aku kurus. hahaha.Ade skali tu aku xde selera nk makan kat kafe, aku makan roti je.
Bdk2 ni tegor ' kau tak lapar ke mkn roti je? mcm jerangkung'
Pap!! melekat nama tu. tapi bdk2 banci sahaja yang panggil aku nama tu.
Skala panggilan kecil, xpelah.. hahaha.
Palahayah korang!! ;op

Ini baru leh kata jerangkung! Sian diaorg kn. sob sob.


Ujang


Aku sambung Diploma kat Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
Oleh kerana aku berasal dari Negeri Sembilan, member2 POLISAS gelar aku dgn nama ni.
Lagipun tak ramai org n9 blaja di sana.
At least diaorg tau aku dari negeri mana bila dgr nama Ujang.
Tak payah aku nk bgtau. senang.



Den banggo Abg Ujang oghang Joseh. Hidop abang Ujang!!!!



Izwan Pulus

Nama ni tak boleh blah..
Nama ni aku dapat mase Ulang Tahun Pertama Nubhan FC kat Time Square.
Tema plak time tu nak hitam putih bagai.
Aku pakai la dress ala2 artessss. pinjam kot mbr lagi.
Dan2 time tu kena cop Izwan Pulus. ahahaha.
Mase tu aku dtg ngn mbr yang rambut ala2 Noh Hujan.
Mbr aku kena gelar Noh Gerimis!! wakakakkaak!!!
Kenapa tak Noh Renyai Renyai je terus?? kikiki.



Aku tengok jauh beza rupa aku dgn Izwan Pilus kan? kikikikki



Sultan Fernando

Hah. nama ni taklah samaran sgt.
Cuma kalau aku dgr ade orang panggil aku 'Sultan!!'
Aku dapat tau mesti bdk2 dari FB.
Pernah sekali aku tgh main bola Liga Parlimen lawan Lending FC ade budak teriak Abang Sultan!! kat aku. lawak tul ilang fokus jap.
Kikikikii. tak leh blah.


*Nama anak aku nanti aku suh bini aku letak lah, pompuan ni bab bagi nama kat anak best. Kalau best bagi dia, aku cek dulu, kalau best, best la bagi aku.. hah.*

Gambar dan edit ibarat irama dan lagu. Lebih indah bila bersatu. (1)

Hanis, jiran selang 7 rumah.



Kawan bertumbuk aku masa kecik.




Banyak lagi idea mcm ni aku na buat. tapi slalu takda masa.




Belakang rumah aku. Cik Bedah ketawa tengok aku amik gambar ni.

Jumaat, Ogos 20, 2010

Perempuan yang buat aku pening

Pening lah kepala aku.
Maybe makan mertabak bukan zainal.
Ngap yang pertama aku rasa mcm basi2.
Ngap yang kedua untuk kepastian.
Ngap kau ke dalam tong sampah.
Macam ni ke beniaga kak.

Pening lah aku.
Ragam sorang ni.
Aku bukan sengaja.
Dan aku gunakan hak aku.
Then ada orang tengah utuskan amaran dia kat aku.
Kenapa perlu orang tengah?
Bila bersua sepatah ape pon tak cakap.
Macam hipokrit pon ada.
Mentang2 aku baru.
Takpa, aku masih positif.
Masih boleh mengalah.
Tapi kak, sabar ada limit k.
Bukan kredit hp akak tu je ade limit kredit.
Sabar aku pon ade limit.
Kamon lah kak, semakin nk makan duit pencen semakin mengada2.

Peninglah aku.
Aku rasa macam mula suka seseorang.
Tapi entah lah.
Aku ni payah nak suka seseorang.
Tapi sejak dua menjak ni aku rasa aku dah lain.
Selalu jenguk wall dia kat FB.
Kalau sign in FB aku mesti type nama dia kat ruang search.
Update pasal dia. Intai2. Baca2. Kadang2 komen.
Kalau ade laki gurau2 ngan dia kat wall, aku rse jeles plak.
Apehal aku ni ntah la.
Mungkin inilah yang dinamakan cinta.. <--ni lirik lagu Akim AF tajuk Inilah Cinta.mp3
Tapi aku takut lah. Takut jadi yang sebelum ni.
Takut suka sangat kat dia tapi nanti dia ignore aku.
Aku ni dah la kalau suke tu mmg nak sangat2.
Tapi aku kena hormat prasaan orang lain.
Macam mana tah.
Aku rasa geli pada diri sendiri bila tulis pasal perasaan aku kat pompuan.
Tapi aku lagi selesa plak tulis kat sini dari kongsi dengan sesiapa.

Pening aku sejak dua menjak ni just pada pompuan..
Akak jual mertabak basi.
Makcik annoying. Grr.
Perempuan yang mula lekat kat hati aku. (-_-!)

Tapi ada seorang jer perempuan yang buat kan pening aku hilang..
Mak..



Sekian,
Pemangsa Keadaan.

Ahad, Ogos 15, 2010

Omiya nama gitar baru aku. Seagate nama HDD aku.

Waklu ..

Balik keje td aku singgah Aziz Cafe nk tapau mertabak. al-maklumlah aku ni penggemar mertabak yg sejati. dr mertabak zainal, mertabak hasan, mertabak pilah, juaseh, bahau, serting sume aku balun. mentadak mentadu je aku tak balun. sambung balik td. aku singgah nk beli mertabak ayam 2 bungkus. time tu aku sorang je kat kedai tu. org lalu lalang pndang je aku. ingat aku tak pose ke ape? dering semcm lak. lantak la nk pikir ape pon kn. sadenli ade pakcik dtg kdai tu. "Anne! mee goreng satu!!".........

eiii.. abah ade kat blakang plak. jap tnggu dia beredar..
(sambil minimize blog)

Ok dh. fuh. bkn ape kang dia baca ckp aku merepek la ape la. leceh nk dgr. hahaha. ok sambung balik citer td. lps order pakcik tu pn duduk la. yg buat mee goreng kedai ni plak muka toye je. dr dulu aku peratikan dia ni. muka mintak penyepak (hope korang dpt bayangkn mcm mne) hahaha. jahat tul ckp dia mcm tu kan. tp mmg betul, mse oder, mse anta mknan, mse buat mee, mse uli roti, mse bayar. muka toye nk mampus. tp aku rasa mmg muka dia mcm tu. so aku simpan dlm hati je la. wlupn dia mintak penyepak, aku xde la bagi. aku masih siuman.

Ok sambung citer td. klung klang klung klang mee pakcik tu pon siap. mertabak aku lum siap lg sbb bru ni buat. lmbat ckit. lepas anne tu tapau mee pakcik tu aku dgr pakcik tu ckp "Allah.... ekau bungkuih ko?? den nak mkn sini la!" mak ai pakcik. terkejut eden pakcik. aku berkata dlm hati. aku nk pndang muka pakcik tu tp aku segan. tah la. aku tak salah tp aku segan, malu nk pandang muka dia. Anne tu ckp "Org islam tak boleh mkn sini bulan puasa la uncle". pakcik tu plak membebel2 mrh anne tu. anne tu plak buat muka toye dia jer. nsb bek pakcik tu x shoot muka dia. adoi pakcik.. dh tua pn masih tak puasa? dh tu xde segan pilu malu ke hape ckp mcm tu. adeh... tak lama pastu mertabak aku siap. lps bayar aku pon blah. pakcik td tah mne ilang tatau. sambil aku nyanyi lagu Untukmu - Feminin (sebab lagu tu last aku dgr seblom aku kunci makmal td) aku pon beredar pulang..~

*iklan cadbury yang baru tu klaka kan? yang bulu kening berjoget tu.

Khamis, Ogos 12, 2010

"Aku belom habis cakap kau orang lompat-lompat, mcm monyet lah!!"

Lutfi, aku gune no.14 ko.


Ahad lepas aku ade game kat padang tunku muhammad school (TMS). pusingan ke-2 liga parlimen YB dato' hassan bin malik dun kuala pilah. team aku jumpe Royal Seri Menanti FC (RSMFC). heboh la bdk2 ni kate sultan dtg tgk game. palahayah diaorg tu. hehe.
Last year team aku kalah kat team ni lah. tp tahun lps diaorg xde Royal2 ni. seri menanti FC je. Team sama, padang sama, stage yang sama gak team aku kalah tahun lepas. kitaorg kalah 1-0. Aku da sebulan injured. pangkal peha aku sangat sakitt. nak lari sgt susah. nak sepak apatah lagi. aku cuba gagah kan diri. sbb aku nk sgt lawan RSMFC ni. nak balas dendam. before game, coach da warning. klu sesapa tak confident atau injured bgtau dia. aku confident ada, tp aku injured. aku diam kan diri. aku nk cuba dlu. Kitaorang menang 4 - 3.


"Belia Gachong FC, kita berentap di quarter final lopeh ghayooo!!"