Selasa, Ogos 30, 2011

Today Hari Raya , Esok Merdeka.

Sekarang pukul 8.04 minit,
Aku depan laptop yang memang 24jam terpasang bertemankan kipas berdiri menyejukkannya.
Mak and abah dah bangun.
TV kat depan siarkan takbir raya.
Radio kat dapur sayup - sayup dengar lagu - lagu merdeka.
Dengar suara abah bising tanya mana mak letak sabun mandi.
Mak pulak bising - bising kejutkan 2 adik perempuan aku yang masih membungkang.
Malam tadi pukul 2 pagi aku tgk diaorg gosip -gosip kat dapur.

Aku terkebil - kebil.
Baju melayu 2 hari lepas aku dah gosok.
Tahun ni takda sampin.
Ok aku dah bau minyak wangi abah menandakan dia hampir nak siap.
Mak masih bising kat dapur.
Tangan kiri aku macam dah beku kena angin kipas berdiri ni.
Mata aku meliar kiri dan kanan sambil fikir apa lagi nak taip.
Hahaha.

Ok lah.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua.
Followers (kalau ada la)
dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke - 54!

Rabu, Ogos 24, 2011

Not anymore..y?

Dia dah xde dlm 'top fans' application fb aku tu.
Dalam application 'who loves u more' pun dia dh xde.

Bukan ape, dahulu kami takda komitmen.
Just jalani hidup mcm penyanyi ratu rock ella.
I mean single.

Now, dia dh ada komitmen.
So, better aku get rid of it lah kan?
Dia kata takpe, tak kisah.

Tipu lah kan.
Aku lelaki aku tau lah.
Deep inside her bf heart mst ade rse x selesa.
Betul x?

Aku suka letakkan diri aku pd someone.
Ape yg aku rasa, x mustahil itu yg dia rasa.
Ada org ckp manusia lain2.

Tp bagi aku sama jer.
Hati, perasaan kan.
Kata anda? hhehe.

Apa2 hal pun .
Live ur happy life .
Im happy for u .

My heart is strong.
And it is very hard to kill.

..

Jumaat, Ogos 12, 2011

Aku suka kawan dengan kau.

Kita borak - borak,
Kita gelak - gelak,
Aku suka kawan dengan kau.

Kita kongsi - kongsi pengalaman,
Kita tukar - tukar pandangan,
Aku suka kawan dengan kau.

Aku malu - malu,
Kau malu - malu,
Aku suka kawan dengan kau.

Kita plan nak berjumpa,
Kita plan nak berbuka,
Aku suka kawan dengan kau.

Ada minat kita sama,
Ada minat kita tak sama,
Aku suka kawan dengan kau.

Kau sedih aku simpati,
Kau happy aku kongsi,
Aku suka kawan dengan kau.

Kau tak pernah jumpa aku,
Aku tak pernah jumpa kau,
Aku suka kawan dengan kau.

Aku suka kawan dengan kau,
Kau suka dengan aku?
Aku suka kawan dengan kau.

Aku suka kawan dengan cow.
Eh!
Aku suka kawan dengan kau.

Aku suka kawan dengan kau. Ok cau.



Jenis - jenis kuih sempena bulan Ramadhan.

Kuih paling gangster = lompat tikam
Kuih paling seksi = puteri mandi
Kuih paling keji = taik itik
Kuih bajet kiut = cek mek molek
Kuih awet muda = seri muka
Kuih paling takut untuk dimakan = NAGAsari
Kuih paling style = kuih CARA
Kuih untuk mekap = tepong gomak
Kuih paling alim = Kuih Ketayap
Kuih berlagu = Qasidah
Kuih ala hispanic = Kuih Lopez
Kuih paling lembab = Kuih siput
Kuih paling kaya = Jala emas
Kuih paling jauh = kuih bulan
Kuih lelaki berpenyakit kronik = Batang Buruk

*aku dpt ni dr status mbr aku kat fb jer. haha. kuih yg last tu jgn dok pikir sgt. bulan puasa ni. ;p

Ahad, Ogos 07, 2011

This is it. :')

ku akui ku sangat sangat menginginkanmu
tapi kini ku sadar ku di antara kalian
aku tak mengerti ini semua harus terjadi

Ku akui ku sangat sangat mengharapkanmu
tapi kini ku sadar ku tak akan bisa
aku tak mengerti ini semua harus terjadi

lupakan aku kembali padanya
aku bukan siapa siapa untukmu
ku cintaimu tak berarti bahwa
ku harus memilikimu slamanya

ku akui ku sangat sangat menginginkanmu
tapi kini ku sadar ku di antara kalian
aku tak mengerti ini semua harus terjadi