Ching Hong Aik adalah antara pemain yang paling aku minat, respek, salute.
Mula2 aku tgk dia main masa aku umur 9 tahun yakni tahun 1993.
Masa tu dia main utk Negeri Sembilan.
Dia main defend kanan. Berganding dgn B. Rajnikandh mse tu.
Aku ingat lg, Liga Malaysia pernah jadi Liga terbaik Asia Tenggara.
Mase tu NS hangat dgn Zami Md Nor, Azmi Mohammad, Othman Katmon, Jose Iriarte (Argentina), Scott Ollerenshaw (Australia).
DUNHILL sponsor mase tu.
Kehangatan Liga Malaysia masa tu sehangat kita tgk Liga Inggeris skrg.
Mmg best tgk setiap selasa n sabtu.
Ok back to Ching Hong Aik :
Ching Hong Aik lah satu2 nya pemain NS yang masih bermain utk pasukan NS sehingga sekarang.
Ching lahir pada 30hb November 1973 dan kini berusia 37 tahun.
Ching memulakan karier bolasepaknya bersama Youth Malacca Team.
Pada tahun 1993, Ching memulakan karier semi-pro nya bersama pasukan Negeri Sembilan.
Ketika itu Ching berusia 20 tahun.
Sepanjang karier Ching bersama NS dari tahun 1993 - 2001, beliau telah menjaringkan sebanyak 256 gol utk pasukan NS.
Ching berpindah ke Sarawak pada tahun 2002 dan hanya bermain satu musim dimana Ching kembali bermain untuk pasukan NS pada tahun 2003 sehingga sekarang.
Sejak kembali ke pasukan pada tahun 2003, Ching hanya menjaringkan 4 gol setakat ini.
Kejayaan paling manis Ching bersama NS apabila membantu NS merangkul Piala Malaysia 2010 dgn menewaskan Kelantan 3-1 dimana kali terakhir pasukan NS memenanginya pada tahun 1948.
Disusuli pula kejayaan berganda pada musim yang sama apabila NS merangkul Piala FA menewaskan pasukan Kedah buat kali ke-2 selepas merangkulnya pada 2003.
Ching adalah pemain yang konsisten dgn berbeza jurulatih.
Ching adalah pemain yang sgt bekerja keras ketika diatas pdg.
Bagi aku Ching seorg yang amat disiplin dan pendiam.
Ching Hong Aik pernah beraksi di peringkat kebangsaan. Selain menyarung jersi pasukan Olimpik di bawah kendalian Claude Le Roy, Ching beberapa kali dipanggil menyertai kem latihan Wan Jamak Hassan dan Abdul Rahman Ibrahim.
Ching menunjukkan komitmen yang baik dalam liga domestik.
Ching adalah contoh baik untuk pemain muda skrg.
Teruskan usaha Ching, buat yang terbaik utk pasukan NS!!
"Ching Hong Aik : The most experience defender with his age"
Sumber dari : Wikipedia
Sumber dari : Wikipedia
Saudara, Ching Hong Aik pernah beraksi di peringkat kebangsaan. Selain menyarung jersi pasukan Olimpik di bawah kendalian Claude Le Roy, Ching beberapa kali dipanggil menyertai kem latihan Wan Jamak Hassan dan Abdul Rahman Ibrahim.
BalasPadamOh yeke?? sumber wikipedia tak tepat lah??
BalasPadamterima kasih bro.. edit skrg juga... ;o)
mengarut la dia jaringkan 256 gol masa main kat negeri sembilan
BalasPadam
BalasPadamublimation MURAH dari Ad-Deen Apparel!!!!!
Custom design pun boleh
tunggu apa lagi, click link di bawahh untuk direct ke fb pafe kami.
http://bit.ly/SublimationMurah
Agak2 la main defend 256 gol..tu kemunculan die jela..adoi
BalasPadam