Assalamualaikum.. kali ni aku nk kongsi ngn korang la pasal kampung aku. Bagi aku latarbelakang kampung aku ni unik untuk dikongsi dgn korang semua. Rumah kampung dgn struktur binaan ala Minangkabau kat sebelah ni adalah kampung sebelah mak aku, Pn.Rohana Haji Abu Hasssan yang terletak di Kampung Kubang Rusa, Pelangai Kuala Pilah, NSDK. Arwah nenek aku, Hajah Salehan pernah menceritakan yang rumah ini dibina oleh hanya seorang tukang dr negara China. Tempoh berapa lama rumah ini siap dibina tidak diketahui. Jika dilihat, strukur rumah ini adalah 3 tingkat. Tingkat paling bawah sekali adalah separa bawah tanah. Tingkat yang paling atas sekali dipanggil loteng atau tempat simpanan barang yang tidak digunakan. Disebelah kiri sekali didalam gambar ini adalah tangga untuk ke ruang tamu utama (tingkat 2). Tangga ni adalah rekabentuk Negeri Melaka dan dibahagian tepi tangga ni diukir 1940 tanda tahun rumah ini siap dibina manakala tangga ke bawah tanah terletak berhampiran dgn kerusi plastik seperti didalam gambar. Ruang belakang adalah dapur dan tempat keluarga beristirehat.
Arwah nenek aku penah cerita kat aku dan cucunyer yg kami ni adalah keturunan Raja Melewar. Dia pnh tunjuk kat aku hireaki Raja Melewar. Aku tgk nama pelik - pelik jer. Gobah Sotik, Raja Totok..lain2 aku xingat lah..byk.. Mse tu nenek aku tunjuk folio dr student universiti mne tah aku pn x bape nk ingat lagi. Student tu 4 org, 2 org kos Architechure, lg 2 org tu aku xingat. tp yg pasti lg 2 org tu study pasal keturunan nenek aku. Yang kos archi tu study pasal seni bina rumah nenek aku ni. Tok Nyen aku namenyer Dato' Haji Laxmana Salleh. Perghh..Laxmana.. Memula aku xcayer, tp ble tgk IC arwah nenek aku, mmg betol.. Laxmana.. Arwah nenek ckp dlu datuknyer ade 14buah keta and sebiji motor BSA. Tapi semuanya kena rampas dek tentera Jepun. Yang tinggal hanya sebiji kereta yang sekarang ni ada di rumah abang arwah nenek aku yang kini berada kat Seremban. Kereta tu aku tgk dh mmg xleh pakai. Mmg boleh dikategorikan kereta 'Zaman Pak Kadok'.. Hehehe.. Aku tak ingat byk sbb folio tu dah hilang.. tak tau kat mana letaknyer.. puas aku carik.. Lukisan seni bina rumah nenek aku semua ada dalam tu. Puas aku carik. Mulanye aku tnya kenapa Laksmana, pahlawan ke. Mak aku cakap tok nyen aku dulu Arkitek Istana. Dulu klu pergi Istana Besar Seri Menanti tu ade gambar n profile tok nyen aku. Sejak Hari Keputeraan tu da xde plak. huhu..
waa..pencerita yg hebat..kagum sekejap masuk lam kturunan raje melewar wlopun bkn btol2..hehe tp mmg best dpat jd cucu arwah wan..seronok sgt..byk jgak kenangan ngan umah ni...
BalasPadameh faiza pon dh mcm darah daging kami tau. xde beza. sama je. best kan family happy je. bile nk balik kg? hehehe..
BalasPadamBtul tu faiza lg ramai lg bgus... Snang2 dtg la kt kg x pn time raye bezz sgt klu dpt berkumpl mcm dl...
BalasPadam